Sun, 27 Apr 2025
Headlines:
Balai bomba Nabawan akan beroperasi hujung bulan ini
Published on: Wednesday, June 12, 2024
Published on: Wed, Jun 12, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Balai bomba Nabawan akan beroperasi hujung bulan ini
BALAI Bomba dan Penyelamat Nabawan yang akan beroperasi pada hujung bulan Jun ini.
KENINGAU: Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Nabawan akan beroperasi hujung bulan ini.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan berkata, dengan adanya balai bomba tersebut ini akan mempercepatkan lagi operasi penyelamatan berbanding sebelum ini.

Advertisement
Katanya, sebelum ini, Nabawan bergantung kepada kekuatan Balai Bomba Sook dan Keningau.

“Untuk makluman, Balai Bomba dan Penyelamat Nabawan telah pun dilakukan pemeriksaan akhir siap kerja (Testing and Commissioning) dan dijangka pada penghujung bulan Jun atau awal Julai ia akan beroperasi sepenuhnya” katanya kepada pemberita selepas penutupan Cabaran Kokurikolum Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Negeri 2024, Zon 4 Keningau Kali ke-25 yang diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau di sini, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Upacara penutupan majlis itu disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Johari Jaibet Saibin.

Yuszaimi memberitahu, seramai 28 anggota termasuk Ketua Balai ditempatkan di Balai Bomba tersebut.

Advertisement
“Apabila Balai Bomba dan Penyelamat itu beroperasi sepenuhnya, ia mempercepatkan kita punya KPI “first responder” kebakaran ataupun penyelamatan seperti kemalangan jalan raya,” katanya.

Jelasnya, bangunan balai Bomba dan Penyelamat Nabawan dibina di tapak berkeluasan 1.4 hektar dengan peruntukan hampir RM5 juta yang dibiayai oleh Kerajaan Pusat.

Advertisement
Sempena program ini, Keningau dinobatkan Johan keseluruhan manakala tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Sook, Tambunan dan Tenom, melibatkan 11 acara dipertandingkan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here