Thu, 20 Mar 2025
Headlines:
Lelaki, wanita didakwa terima deposit tanpa lesen
Published on: Thursday, June 13, 2024
Published on: Thu, Jun 13, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki, wanita didakwa terima deposit tanpa lesen
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dan seorang wanita dari semenanjung didakwa secara berasingan atas pertuduhan menerima deposit berjumlah RM29,035 tanpa lesen.

Jagen Paramasevam, 42, dan Saraswaty Sandra Raju, 41, meminta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka selepas mereka dihadapkan secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus dan Noor Hafizah Mohd Salim.

Advertisement
Mereka didakwa menerima secara haram deposit daripada seorang wanita yang membuat 66 transaksi ke dalam akaun bank di bawah nama sebuah syarikat.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Mahkamah membebaskan kedua-dua mereka dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 serta dua orang penjamin tempatan dengan beberapa syarat iaitu melaporkan diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 3 Julai ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here