Thu, 25 Jul 2024

HEADLINES :


Lelaki ditahan miliki lebih 150g ekstasi
Published on: Thursday, June 13, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Lelaki ditahan miliki lebih 150g ekstasi
TIGA bungkusan plastik berisi dadah tersebut.
PENAMPANG: Seorang warga tempatan berusia 35 tahun berdepan hukuman mati kerana didakwa memiliki 153.09 gram bahan dadah dipercayai ekstasi, dalam serbuan di sebuah kondominium di Bundusan, Selasa.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Penampang menahan suspek pada jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata polis merampas tiga bungkusan plastik berisi dadah bernilai kira-kira RM3,000.

Katanya, suspek turut didapati positif mengambil dadah jenis syabu dan amfetamin.

“Suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana mengambil dadah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here