Advertisement
SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Advertisement
Advertisement
MEMBAWAKAN watak Eve memerlukan Fiona banyak menangis.
Kepada satu soalan, Fiona mengakui berdebar menantikan penerimaan penonton terhadap lakonannya dan filem Sinakagon, yang menggunakan 99 peratus bahasa Dusun. “Sebagai pelakon baru dan tidak dikenali, memang agak risau sama ada mereka (penonton) suka atau tidak dengan lakonan saya. “Yang penting, saya sudah berikan 100 peratus bagi menjiwai watak Eve. Jika pengarah puas hati dengan lakonan saya, jadi saya harap penonton dapat melihat hal yang sama juga. “Saya juga berharap semua rakyat Malaysia, khususnya orang Sabah, akan menyokong filem ini di pawagam. “Sinakagon merupakan filem berbahasa Dusun pertama Malaysia yang ditayangkan di pawagam. “Dengan sokongan tinggi daripada kita orang Sabah, sekurang-kurangnya kita dapat tunjukkan kepada orang luar keindahan bahasa Dusun yang digunakan dalam filem ini. “Oleh itu, daripada filem ini, kita boleh sebarkan bahasa Dusun kepada orang luar yang tidak biasa dengan bahasa Dusun,” katanya. Dalam pada itu, Fiona yang kini hamil tujuh bulan dengan anak pertama, berkata jika berpeluang dia ingin meneruskan langkahnya dalam bidang lakonan. “Buat masa sekarang, saya fokus dulu dengan kehamilan saya. Mungkin selepas ini jika ada peluang, memang saya ingin teruskan kerjaya dalam lakonan. “Saya ambil keputusan untuk berlakon dalam filem ini pun atas dasar minat dan saya ingin merasa sendiri pengalaman berlakon. Sekiranya tidak cuba, kita takkan tahu kalau kita ada bakat atau tidak. “Jadi, saya datang casting (uji bakat) dan tak sangka pengarah lamar saya untuk jadi pelakon utama. “Bila dia bagi tawaran, sebenarnya saya cakap dengan Tim yang saya mahu fikir dulu. Lepas saya teliti lagi jalan cerita, barulah saya terima,” katanya yang mengambil masa sehari untuk membuat keputusan itu. Selain Fiona, naskhah dengan tagline Semangat Padi Takkan Lenyap ini, turut menampilkan Ejin Dinting, Lisa Christie, Esthaer Zaino, Malle Christian, Ronn Langad, Johnny Damianus, Larry Noh D Kanju, Wilton Hamdih, Yatie Hamzah, Jeffry Martin Poyee, dan Ad Vico, antara lain. Sinakagon, arahan pengarah pertama kali, Timothy Stephen Tony Tanni mengisahkan tentang Eve, seorang pemenang Unduk Ngadau negeri. Seorang perempuan dari Kayangan ingin menghapuskan pengaruh Huminodun cuba untuk membunuh Eve tetapi keturunan Huminodun hanya boleh dibunuh oleh Bobolian (bomoh). Filem berdurasi 115 minit terbitan Bamboo Sound Studio dan Stephen Q Films ini ketika ini rancak ditayangkan di 30 pawagam seluruh negara.