Thu, 25 Jul 2024

HEADLINES :


Lelaki maut, tiga cedera dalam nahas di Beaufort
Published on: Sunday, June 16, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:

Lelaki maut, tiga cedera dalam nahas di Beaufort
ANGGOTA bomba memeriksa Proton Saga yang terbalik.
BEAUFORT: Seorang lelaki berusia 23 tahun maut apabila Proton Saga dipandunya terbalik di KM 1 Jalan Beaufort kira-kira jam 12.40 tengah malam, Sabtu.

Mohd Shafiq Aziri Kahar, 23, dari Kg Bakalau, dalam perjalanan pulang bersama dua lagi yang cedera parah.

Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah mengesahkan mangsa meninggal dunia jam 1.40 pagi di Hospital Beaufort.

Ismail berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati Proton Saga itu dalam perjalanan ke Kg Bakalau dari Pekan Beaufort ketika kemalangan berlaku.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa cuba mengelak seekor anjing dan hilang kawalan, terjunam ke dalam parit di sebelah kanan jalan,” katanya.

Bagaimanapun, dua penumpang lelaki berusia 18 dan 28 tahun mengalami kecederaan dan menerima rawatan di zon kuning di Hospital Beaufort.

Ismail berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, anggota bomba yang menerima panggilan kecemasan jam 12.40 tengah malam, dikejarkan bersama dua jentera serta Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muhammad Hasbullah Nenggok berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya menemui tiga lelaki dalam sebuah Proton Saga yang terbalik.

Ketiga-tiga mangsa dikeluarkan dari Proton Saga dan dihantar ke Hospital oleh EMRS.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here