Kota Kinabalu: Jack Arrey Jaim dengan mudah mendaki Gunung Kinabalu sambil mempamerkan keazaman dan ketekunan yang luar biasa.
Dalam pendakiannya baru-baru ini ke puncak Gunung Kinabalu dari Laban Rata, Jack, naib juara Buvazoi Tavantang 2024 peringkat Negeri, menyedari dia tertinggalkan Sigar (tanjak tradisional) di penginapan Laban Rata, yang jaraknya satu kilometer dari lokasi semasanya.
Walaupun jauh, keazaman Jack untuk merakamkan momen berharga bersama ibu dan keluarganya mendorongnya untuk bergegas kembali bagi mendapatkan barang yang terlupa.
Advertisement