Tue, 16 Dec 2025
Headlines:
‘Ambil tindakan pihak cuba dorong kanak-kanak tukar agama’
Published on: Tuesday, June 18, 2024
Published on: Tue, Jun 18, 2024
Text Size:
Text:
‘Ambil tindakan pihak cuba dorong kanak-kanak tukar agama’
Alexander yang juga Pengerusi Gerakan Sabah berkata tindakan ini melanggar undang-undang dan perlembagaan. - FOTO Bernama (kanan) untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Gerakan membidas tindakan Kerajaan Madani yang berdiam diri terhadap individu dan entiti yang didakwa mendorong kanak-kanak bawah umur untuk menukar agama.

Sambil menyifatkan sikap berdiam diri itu sebagai sangat tidak bertanggungjawab, ia berkata Kerajaan, polis dan Kementerian Pendidikan perlu mengambil tindakan daripada berdiam diri, sambil menambah ia tidak konsisten dengan slogan Kerajaan Madani.

Advertisement
“Kementerian Pendidikan perlu melarang secara jelas sebarang promosi agama atau dorongan kepada kanak-kanak bawah umur untuk menukar agama, terutamanya dalam persekitaran sekolah yang suci, terutamanya melibatkan agama yang berbeza daripada agama kanak-kanak dan ibu bapa mereka,” kata Naib Presiden Gerakan Kebangsaan Datuk Alexander Lo.

Lo berkata ini mesti dihentikan untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang benar-benar maju.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
“Kes baru-baru ini apabila seorang bapa menukar agama anaknya secara unilateral, menyebabkan ibunya Loh Siew Hong terpaksa berurusan di sana-sana, masih segar dalam fikiran orang ramai.

“Kini, terdapat seorang individu secara terbuka mengajar kanak-kanak di bawah umur bukan Islam secara dalam talian cara menukar agama secara rahsia, menimbulkan rasa panik dalam kalangan ibu bapa bukan Islam!” katanya dalam kenyataan. 

Advertisement
Beliau mengulas video tular pendakwah Firdaus Wong dalam TikTok di mana dia dilaporkan menasihati seorang lelaki tentang cara mengendalikan permintaan daripada remaja yang ingin memeluk Islam.

Alexander yang juga Pengerusi Gerakan Sabah berkata tindakan ini melanggar undang-undang dan perlembagaan.

Advertisement
“Ia sangat menimbulkan syak wasangka dan ketidakpercayaan antara masyarakat agama dan etnik, mengganggu keharmonian dan keamanan.”

“Sebagai sebuah negara yang ditadbir oleh kedaulatan undang-undang, pelanggar undang-undang ini harus dikenakan sekatan undang-undang. Gerakan memandang serius perkara ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here