Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
Guru silat, bapa tiri didakwa lakukan amang seksual
Published on: Thursday, June 20, 2024
Published on: Thu, Jun 20, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Guru silat, bapa tiri didakwa lakukan amang seksual
Terdapat hukuman tambahan bagi guru silat itu, mengikut Seksyen 16(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang guru Silat dan seorang lelaki berusia 30 tahun didakwa secara berasingan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar dan seorang anak tiri.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, selepas pertuduhan terhadap mereka, masing-masing, dibacakan pada Rabu.

Advertisement
Guru silat berusia 37 tahun itu didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun enam bulan dengan memeluk dan mengusap payudaranya jam 11.15 malam pada 26 Ogos, 2023 di sebuah asrama di Putatan.

Sementara itu, lelaki berusia 30 tahun itu didakwa melakukan kesalahan sama terhadap anak tirinya dengan menghisap payudaranya pada Januari 2022 di sebuah unit pangsapuri di Inanam.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdapat hukuman tambahan bagi guru silat itu, mengikut Seksyen 16(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 3 Julai tahun ini untuk sebutan kes guru silat dan membebaskannya dengan ikat jamin sebanyak RM15,000 deposit RM6,000 serta dua orang penjamin tempatan.

Bagi bapa tiri, kesnya akan disebut pada 23 Julai dan mahkamah menawarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 serta dua orang penjamin tempatan.

Advertisement
Kedua-dua tertuduh diperintahkan melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan sehingga kes mereka selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suriyati Jumain dan DPP Muhmmad Azizi Hamil manakala peguam Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali mewakili guru silat dan peguam Eviana Ansari bapa tiri tersebut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here