Wed, 24 Jul 2024

HEADLINES :


Bekas pemain ragbi Sabah nafi bunuh adik
Published on: Thursday, June 20, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Bekas pemain ragbi Sabah nafi bunuh adik
Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan penjara tidak lebih daripada 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang bekas pemain ragbi Sabah meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini, Rabu, atas tuduhan membunuh adik perempuannya tahun lepas.

Arden Mattson Maturin, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Zaleha Rose Pandin membunuh Audrey Maturin, 24, antara jam 3.30 petang dan 4.30 petang pada 4 Mei, 2023, di sebuah rumah, di Taman Prestij, Jalan Signal Hill.

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan penjara tidak lebih daripada 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Zaleha menetapkan 11 Julai untuk pengurusan kes dan memerintahkan tertuduh direman lanjut.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin kepada Arden kerana pertuduhan terhadapnya tidak boleh diikat jamin.

Tertuduh diwakili peguam Julhamri Jumhani. Timbalan Pendakwa Raya Jessica Ombou Kakayun mengendalikan pendakwaan. 

Sementara itu, seorang lelaki berusia 23 tahun didenda RM1,800 atau penjara dua bulan kerana terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di khalayak ramai.

Muhd Dainel Isad mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles melakukan kesalahan itu di Inanam Taipan, pada 9 Jun, jam 9.40 malam.

Mahkamah diberitahu oleh pihak pendakwaan bahawa Dainel ditahan oleh polis selepas aplikasi dalam talian ditemui dalam telefon bimbitnya.

Telefon bimbit itu serta peralatan lain, termasuk wang tunai RM40, dirampas daripada Dainel, kata pihak pendakwaan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence merayu hukuman ringan kerana Daniel menganggur.

Inspektor Kelvan Elson Maik memohon hukuman setimpal.

Mahkamah memerintahkan wang yang dirampas itu dilucuthakkan sebagai hasil kerajaan. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here