SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Rabu menahan sebuah lori kotak berkapasiti di Jalan Utara, Sandakan, yang membawa 1,000 liter minyak diesel yang dipercayai untuk diseleweng.
Ketua Cawangan Pejabat KPDN Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John, berkata penahanan dibuat kira-kira jam 4.30 petang dalm Ops Tiris 3.0.
Advertisement
.gif)
Bagaimanapun, sebaik sahaja lori kotak berkenaan ditahan, pemandu lori terbabit telah bertindak melarikan diri.
Manakala pemeriksaan oleh anggota serbuan di ruang kargo lori kotak tersebut mendapati ia sedang membawa barang kawalan itu yang disimpan di dalam salah sebuah daripada tiga buah tangki.