Sat, 25 Jan 2025
Headlines:
Guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau terima anugerah ISTE
Published on: Friday, June 21, 2024
Published on: Fri, Jun 21, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau terima anugerah ISTE
Menurut Sirhajwan, 35, anugerah itu bersempena dengan sumbangan beliau merintis program pendidikan maya yang membolehkan pelajar dan guru di negara ini menyertai sesi latihan serta pembelajaran secara langsung menggunakan aplikasi Google Meet atau Zoom.
KENINGAU: Guru bahasa Inggeris di Kolej Vokasional Keningan (KVC) Dr Sirhajwan Idek dinobatkan sebagai seorang daripada penerima 20 to Watch Award oleh International Society for Technology in Education (ISTE).

Senarai pemenang termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico dan Northern Mariana Islands diumumkan oleh ISTE, sebuah persatuan pendidikan yang berpangkalan di AS menerusi laman sesawang, semalam di https://iste.org/iste-20-to-watch-award.

Advertisement
Menurut Sirhajwan, 35, anugerah itu bersempena dengan sumbangan beliau merintis program pendidikan maya yang membolehkan pelajar dan guru di negara ini menyertai sesi latihan serta pembelajaran secara langsung menggunakan aplikasi Google Meet atau Zoom.

Beliau berkata program pendidikan maya dikenali Virtual, Remote, Live atau Viral telah diiktiraf sebagai satu daripada amalan terbaik pendidikan oleh Pusat Serantau bagi Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknikal, Pertubuhan Menteri-Menteri Asia Tenggara (SEAMEO) yang berpangkalan di Brunei.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
“Projek ini berjaya menghubungkan lebih 2,000 pelajar dan guru di Malaysia dengan pendidik golongan ilmuwan dari negara lain yang membantu mereka mempelajari pelbagai topik serta mengetengahkan hasil kerja mereka dalam bahasa Inggeris,” katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Sebagai penerima anugerah, Sirhajwan menerima plak, keahlian premium ISTE, pendaftaran percuma ke persidangan maya dan peluang untuk menyumbang terhadap pendidikan berasaskan teknologi melalui penulisan artikel dan sesi perkongsian.

Advertisement
Sementara itu, Pengarah KVC Nordin Akup mengucapkan tahniah kepada Sirhajwan kerana kegigihannya memberi peluang pembelajaran kepada pelajar dan pendidik dengan meneroka pelbagai kaedah.

“Saya harap guru-guru di kolej ini untuk terus cekal memberi yang terbaik dalam mendidik generasi muda negara,” katanya.

Advertisement
Keningau ialah sebuah daerah yang terletak di pedalaman Sabah, kira-kira 106 kilometer ke selatan Kota Kinabalu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here