Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup rampas 1,000 liter diesel bersubsidi
Published on: Friday, June 21, 2024
Published on: Fri, Jun 21, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup rampas 1,000 liter diesel bersubsidi
AZDY memeriksa lori kotak berkenaan.
SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Rabu menahan sebuah lori kotak berkapasiti tiga tan di Jalan Utara, di sini, yang membawa 1,000 liter diesel yang dipercayai untuk diseleweng.

Ketua KPDN Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, penahanan dibuat kira-kira jam 4.30 petang itu dilakukan di bawah Ops Tiris 3.0.

Advertisement
“Bagaimanapun, sebaik lori kotak berkenaan ditahan, pemandunya bertindak melarikan diri,” katanya.

Pemeriksaan mendapati kira-kira 1,000 liter diesel disimpan di dalam salah satu daripada tiga kontena pukal sederhana (IBC) di ruang kargo lori itu.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Tambahnya, pemeriksaan juga mendapati ada pengubahsuaian pada struktur tangki minyak lori terbabit, dipercayai untuk membuat pengisian diesel yang dibeli daripada stesen minyak. 

“Pengubahsuaian ini juga disyaki untuk tujuan penyelewengan dan penjualan semula.”

Advertisement
Lori itu dirampas bersama bahan api disyaki diesel bersubsidi, dianggarkan bernilai RM2,150, dengan jumlah keseluruhan nilai sitaan sebanyak RM48,450.

Azdy berkata, tindakan kes ini adalah hasil risikan, dan maklumat awal yang mendedahkan modus operandi sindiket ini adalah dengan menggunakan lori yang diubahsuai dengan tangki tambahan.

Advertisement
“Lori diubahsuai ini akan diisi dengan diesel di beberapa stesen minyak sebelum diesel tersebut dikumpulkan untuk diedar dan dijual di pasaran gelap,” katanya.

Azdy berkata, kes ini akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan siasatan akan memfokuskan untuk mengenal pasti individu atau syarikat terlibat, serta rantaian pengedaran dan sumber bekalan diesel subsidi.

Jelasnya, di bawah Akta itu, pesalah boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, pesalah boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. 

Bagi syarikat pula, dendanya tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya, denda tidak melebihi RM5 juta.

Azdy mengingatkan pengusaha stesen minyak agar hanya menjual petrol dan diesel bersubsidi kepada pembeli yang memiliki kebenaran bertulis daripada KPDN.

Pada Khamis, KPDN dilaporkan menyita 4,000 liter minyak diesel bersubsidi dalam serbuan Ops Tiris 3.0 di sebuah stor di Pasir Putih, Tawau pada Rabu.

Dalam serbuan jam 2.20 petang itu, pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata seorang lelaki berusia 31 tahun, dipercayai penjaga stor, ditangkap dan keterangannya diambil. 

“Risikan dijalankan selama seminggu oleh KPDN Sabah sebelum serbuan dijalankan. Siasatan awal mendapati stor itu tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan minyak diesel,” katanya.

Beliau berkata kesemua yang disita ialah dua mesin pam minyak, satu hos getah, 18 tong dram, satu tangki gentian yang diubah suai dan tangki treler yang dianggar bernilai RM104,500.

Georgie berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDN Sabah akan terus melakukan pemeriksaan dan pemantauan terhadap aktiviti membabitkan barangan kawalan agar tidak berlaku penyelewengan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti melanggar perundangan boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui WhatsApp 019-8488 000, portal e-aduan.kpdn.gov.my atau pusat panggilan 1-800-866-800. serta aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

Aduan juga boleh disalurkan menerusi e-mel ke [email protected] atau melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN, Pusat Arahan Penguatkuasaan 038882 6088 / 6245, atau Surat Rasmi ke Pejabat KPDN berdekatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here