Wed, 24 Jul 2024

HEADLINES :


Sistem Jaminan Kesahan Kayu Sabah dikemas kini sejajar ketetapan pasaran EU
Published on: Friday, June 21, 2024
Text Size:

Sistem Jaminan Kesahan Kayu Sabah dikemas kini sejajar ketetapan pasaran EU
MESYUARAT untuk mengemaskini TLAS.
Kota Kinabalu: Pihak Jabatan Perhutanan Sabah dan Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi membentuk kerjasama bagi mengemas kini Sistem Jaminan Kesahan Kayu Sabah (TLAS) untuk memenuhi ketetapan pasaran EU.

Dalam kenyataannya, jabatan itu berkata perkembangan itu merupakan pencapaian bermakna dalam usaha berterusan Sabah menjamin penghasilan kayu-kayan secara mampan dan sah serta membuktikan komitmen negeri dalam memerangi pembasmian hutan dan perubahan iklim.

Langkah itu juga akan membolehkan kayu-kayan Sabah diperolehi selaras dengan keperluan pasaran EU selain memaparkan pendekatan berpandangan jauh jabatan terhadap kelestarian alam sekitar dan sosial.

“Aktiviti ini akan melibatkan beberapa siri perundingan dan bengkel dengan agensi kerajaan iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Agensi Pelaksana, Persatuan Perusahaan Kayu-Kayan  Sabah, Persatuan Kayu-Kayan Sabah dan industri kayu-kayan di peringkat huluan dan hiliran.

“Latihan dan sokongan untuk pihak berkepentingan Sabah akan dapat memastikan mereka mempunyai persiapan sewajarnya bagi memenuhi keperluan baharu itu,” katanya.

TLAS Sabah yang diwujudkan pada 2009 merupakan sistem usaha atau ketekunan wajar dan sebagai tindak balas ke atas keperluan EU di bawah program Penguatkuasaan Undang-undang Hutan, Tadbir Urus, dan Perdagangan.

Malah, TLAS Sabah turut berperanan penting dalam meningkatkan pematuhan, ketelusan dan tadbir urus hutan dan Sijil Pematuhannya meraih penerimaan antarabangsa dalam pasaran dagangan kayu-kayan utama termasuk Eropah, Australia, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.

Usaha mengemas kini itu juga penting bagi penyelarasan TLAS Sabah dengan Peraturan Pembasmian Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan Arahan Usaha Wajar Kemampanan Korporat EU (CS3D) yang bertujuan menyemai tingkah laku korporat mampan dan bertanggungjawab.

“Menerusi usaha integrasi rangka kerja itu ke dalam TLAS, Jabatan Perhutanan Sabah secara proaktif bertindak memajukan tadbir urus alam sekitar dan sosial,” katanya.

Tindakan sedemikian, kata jabatan itu, tidak hanya meningkatkan kredibiliti dan kebolehpasaran produk kayu-kayan, namun turut meletakkan Sabah sebagai peneraju dalam pengurusan perhutanan mampan selain meningkatkan daya saing industri perkayuan negeri dan prospek menyertai rantaian nilai global.

Dalam pada itu, Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan menyuarakan keyakinannya terhadap kerjasama dengan pakar EU dan menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai langkah penting ke arah penyelarasan TLAS Sabah dengan piawaian EUDR dan CS3D.

“Pada masa sama, walaupun komited dalam meningkatkan tadbir urus alam sekitar dan memastikan produk kayu-kayan kita memenuhi piawaian antarabangsa tertinggi, apa yang utama adalah sistem itu juga perlu mengambil kira agenda dan rancangan pembangunan negeri,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here