TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau berkata mereka mendapati tiada perubahan harga minyak diesel di daerah ini seperti didakwa.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Cawangan Tawau, Sam Aminuddin, berkata perkara itu adalah hasil pemeriksaan ke atas lapan stesen minyak di daerah ini pada Khamis.
Pemeriksaan itu termasuk di stesen minyak yang didakwa berlaku kenaikan harga minyak diesel sedangkan Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada harga baharu bahan bakar itu.
Menurutnya, "kenaikan" harga itu berlaku di sebuah stesen minyak apabila harga diesel dipamerkan adalah RM3.35 seliter yang disebabkan oleh kesilapan teknikal sistem.