Tenom: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah membelanjakan hampir RM60 juta kos keseluruhan bagi mengoperasikan semula Stesen Hidroelektrik Tenom Pangi yang terhenti operasi selama satu tahun setengah, akibat tanah runtuh.
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata, kejadian November 2022 itu menyebabkan terowong tersumbat dan kerosakan peralatan mekanikal di stesen janakuasa itu.
Katanya, selepas sahaja kejadian luar biasa itu SESB mengambil langkah-langkah penyelenggaraan untuk membaik pulih kerosakan janakuasa itu yang membabitkan kerosakan terowong dan peralatan mekanikal, termasuk kerosakan turbin.
Advertisement