Mon, 28 Apr 2025
Headlines:
Rasuah: DPP dipenjara setahun, denda RM250,000
Published on: Saturday, June 22, 2024
Published on: Sat, Jun 22, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Rasuah: DPP dipenjara setahun, denda RM250,000
Kesalahan di bawah seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
TAWAU: Seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM250,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah atas pertuduhan meminta suapan untuk menyelesaikan kes mahkamah, sembilan tahun lepas.

Hakim Jason Juga membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Kamalia Yahdi, 41, di akhir kes pembelaan.

Advertisement
Mahkamah juga turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman 24 bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Bagaimanapun, tertuduh memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Mengikut pertuduhan, Kamalia yang bertugas di Jabatan Peguam Negara Sabah Cawangan Tawau didakwa meminta suapan RM50,000 daripada dua individu sebagai dorongan menarik balik kes TWU-83-54/3-2015 dan TWU-83-76/4/2015 yang dibicarakan di Mahkamah Majistret Tawau.

Kesalahan itu dilakukan di Cafe@7 Hotel Promenade, Tawau, kira-kira jam 5 petang pada 15 Mei 2015, mengikut Seksyen 16(a)(B), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Advertisement
Kesalahan di bawah seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat serta Siti Amirah Muhammad Ali manakala tertuduh diwakili peguam Arthur Borine.

Advertisement
Kamalia sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Jan 2016. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here