Wed, 24 Jul 2024

HEADLINES :


Edar dadah: Dua lelaki bebas
Published on: Saturday, June 22, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Edar dadah: Dua lelaki bebas
Mohammad Absan dan Jomel didakwa mengedar dadah di hadapan Agro Bazaar Jalan Sandakan-Beluran KM52, di daerah itu pada 1 Okt 2020. Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama, dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Dua lelaki dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar methamphetamine seberat 550.5 gram oleh Mahkamah Tinggi, di sini, Jumaat.

Hakim Mahkamah Tinggi, Saiful Azian Mokhtar membuat perintah itu ke atas Mohammad Absan, 37, dan Jomel Abdul Jalal, 33, tanpa perlu membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Mohammad Absan dan Jomel didakwa mengedar dadah di hadapan Agro Bazaar Jalan Sandakan-Beluran KM52, di daerah itu pada 1 Okt 2020.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama, dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan bermula pada 11-13 Mac tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Lim Sze Chuen melakukan pendakwaan.

Kedua-dua Mohammad Absan dan Jomel diwakili peguam mereka, Hamida Ambo.

Sementara itu, kedua-dua ahli keluarga mereka turut kelihatan hadir.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here