Wed, 17 Jul 2024

HEADLINES :


‘Runner’ didakwa salah guna RM60,000
Published on: Saturday, June 22, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:

‘Runner’ didakwa salah guna RM60,000
Pertuduhan di bawha Seksyen 160 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang ‘runner’ berusia 40 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan menyalahgunakan wang tunai RM60,000 milik sebuah syarikat.

Chong Kok Hiung, yang tampil di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu pada 2 Ogos, 2023, di sebuah rumah di Taman Kingfisher, di sini.

Chong didakwa menyalahgunakan wang kepunyaan Sea Star Resort Sdn Bhd, yang sepatutnya digunakan sebagai deposit kenderaan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun dan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan.

Inspektor Suzie S.K. yang melakukan pendakwaan, ketika memohon pengurusan kes pra-perbicaraan (ptcm) mencadangkan ikat jamin sebanyak RM10,000 serta dua orang penjamin.

Chong, yang tidak diwakili, memohon ikat jamin lebih rendah kerana dia merupakan pencari nafkah tunggal untuk keluarganya.

Stephanie menetapkan pengurusan kes pada 20 Ogos dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin sebanyak RM1,500 serta dua orang penjamin.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 52 tahun didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana bergaduh di khalayak ramai.

Chaw Win Teck mengaku melakukan pergaduhan dengan seorang lelaki Korea, Kang Youngjin, pada 23 Jan, tahun ini, jam 4.10 petang di kawasan penurunan beg di Kelab Golf, Sutera Harbour.

Pertuduhan di bawha Seksyen 160 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Chaw, yang tidak diwakili, meminta denda yang lebih rendah.

Sementara itu, Kang, 59, yang turut didakwa secara berasingan atas kesalahan sama, meminta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan ketika memohon tarikh ptcm, mencadangkan tiada ikat jamin ditawarkan kerana tertuduh adalah warga Korea.

Tidak diwakili, Kang memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai pasport yang sah dan berada di Nngeri itu, sebagai penasihat kepada syarikat rakannya.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini untuk ptcm dan menawarkan Kang diikat jamin sebanyak RM1,000 serta seorang penjamin serta memerintahkan pasportnya disimpan oleh mahkamah.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here