Thu, 19 Jun 2025
Headlines:
Dua lelaki didakwa rogol remaja secara berkumpulan
Published on: Saturday, June 22, 2024
Published on: Sat, Jun 22, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Dua lelaki didakwa rogol remaja secara berkumpulan
Mereka didakwa di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 29 Julai ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membebaskan mereka dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 serta dua orang penjamin tempatan dan seorang penjamin mestilah dari kawasan Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Dua lelaki dituduh melakukan rogol secara berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan.

Norazwan Shah Alawi, 29, dan Muhammad Shazwan Ab Rasul, 21, mengaku tidak bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Advertisement
Kedua-dua mereka dituduh merogol secara berkumpulan remaja berusia 16 tahun dan 11 bulan itu antara jam 10.30 malam pada 19 Dis, 2023 dan 1 tengah hari pada 20 Dis, 2023 di sebuah bilik sewa di Pusat Komersial Putatan, Jalan Pintas Putatan.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Mahkamah menetapkan 29 Julai ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membebaskan mereka dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 serta dua orang penjamin tempatan dan seorang penjamin mestilah dari kawasan Kota Kinabalu.

Kedua-duanya juga diperintah melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan pasport mereka jika ada, disimpan oleh mahkamah sehingga kes mereka selesai.

Advertisement
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Al Hakim mencadangkan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh.

Ketika meminta jaminan yang lebih rendah, kedua-dua mereka memaklumkan mahkamah bahawa mereka berasal dari Semporna dan mereka perlu menjaga keluarga.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 37 tahun yang didakwa merogol seorang remaja perempuan, akan dibicarakan pada 1 Mac dan 10 Mac tahun depan.

Mohd Addy Moksan didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun enam bulan itu pada Jun 2023 jam 3 petang di sebuah rumah di Kg Tambun, Kota Marudu.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here