Tue, 13 Jan 2026
Headlines:
Advertisement
Pemandu mabuk kena 2 hari, denda RM10,000
Published on: Saturday, June 22, 2024
Published on: Sat, Jun 22, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Pemandu mabuk kena 2 hari, denda RM10,000
Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu Yusup digantung selama dua tahun. Yusup didapati memandu dalam keadaan mabuk pukul 2.15 pagi pada 18 Jan tahun ini di sepanjang Jalan Nasalim, di sini. Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM30,000, jika sabit kesalahan.
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 30 tahun dipenjara dua hari dan denda RM10,000 atau penjara lima bulan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu terhadap Yusup Muksan selepas dia mengaku terhadap pertuduhan dikenakan ke atasnya.

Advertisement
Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu Yusup digantung selama dua tahun. Yusup didapati memandu dalam keadaan mabuk pukul 2.15 pagi pada 18 Jan tahun ini di sepanjang Jalan Nasalim, di sini.

Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM30,000, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
East Malaysia's home-grown quick service restaurant brand SugarBun, together with its sister brand Pezzo, marked a milestone with the opening of its 165th outlet, SugarBun Express at EG Mall in Inanam.
Semasa mitigasi, Yusup yang tidak diwakili, merayu hukuman ringan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Rodi Anak Wong menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada Yusup dan kesedaran kepada mereka yang memandu dalam keadaan mabuk.

Advertisement
Tambahnya, hukuman berat perlu dikenakan bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku kerana pemandu berada di bawah pengaruh alkohol.

Mahkamah diberitahu Yusup ditahan ketika polis di jalan tersebut sedang mengalihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here