KUNAK: Sebanyak 33 ekor lembu diagihkan dalam Program Ibadah Korban Perdana sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha di sini.
Adun Kunak, Datuk Norazlinah Arif berkata, daripada jumlah itu, 25 ekor lembu disumbangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, manakala selebihnya adalah sumbangan bersama pihak Adun.
Advertisement

Program itu dilaksanakan selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Zulhijjah (17 hingga 19 Jun).
“Program ini sebagai meneruskan tradisi atau amalan berbahagi rezeki sempena Hari Raya Aidil Adha.
“Amalan korban ini juga menguji kesabaran dan keikhlasan umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut mengikut kemampuan masing-masing.
"Saya juga menyeru agar pihak yang diberi amanah melaksanakan perjalanan program Ibadah Korban ini dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mengagihkan daging-daging korban kepada penerima secara saksama agar ibadah korban yang dijalankan ini menepati matlamat,” katanya dalam kenyataan.
Norazlinah ketika ini sedang menunaikan ibadah haji di Mekah.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kunak, Mohamad Latip Katik mewakili Norazlinah Adun menyerahkan lembu korban itu ke beberapa kampung, agensi dan organisasi sekitar daerah itu.