Tuaran: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa perkara tertunggak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.
Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata, ini selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menghormatinya, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Advertisement

Beliau berkata, oleh sebab itu, rakyat dan pemimpin di Sabah tidak perlu bimbang, kerana beliau yakin Perdana Menteri akan mengotakan janjinya.
“Mengenai MA63, jangan risau, insya-Allah Perdana Menteri akan menunaikan perjanjian yang masih belum dicapai dan disempurnakan.
“Saya juga jelaskan perkara ini semasa Pilihan Raya Kecil Kimanis bahawa saya akan memenuhi sebarang butiran perjanjian yang tertunggak, dan insya-Allah kita akan selesaikan,” katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno Tuaran di sini, pada Sabtu.
Katanya, janji adalah seperti hutang yang mesti dibayar, dan Sabah adalah negeri yang berhak mendapat pembayaran itu.
Advertisement
_300_x_250_px_(DE).gif)
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sebab itu beliau komited memastikan masyarakat luar bandar diutamakan dalam Belanjawan Persekutuan, dan Sabah menerima peruntukan terbesar.
“Saya melihat sendiri apabila melawat pedalaman dan kampung serta masyarakat terpinggir, saya melihat pembangunan luar bandar di Sabah perlu diutamakan,” katanya.