Kota Kinabalu: Monumen sejarah Sabah sejak kemerdekaannya, daripada Batu Sumpah Keningau kepada replika pesawat Nomad GAF akan menjadi antara tarikan di Taman Prince Phillip yang akan dinaik taraf tidak lama lagi di Tanjung Aru.
Menerajui projek itu, Tanjung Aru Eco Development (Taed) menganggarkan projek itu akan dimulakan Oktober dengan kos RM35 juta.
Pengerusinya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ia adalah untuk pengetahuan generasi akan datang tentang sejarah Negeri mereka.