Thu, 25 Jul 2024

HEADLINES :


Kelibat dua buaya 12-kaki dilihat di tebing Sg Papar
Published on: Sunday, June 23, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:

Kelibat dua buaya 12-kaki dilihat di tebing Sg Papar
DUA buaya yang dilihat itu.
PAPAR: Kelibat dua ekor buaya dianggarkan sepanjang 12 kaki dilihat di tepi sungai di sini, pada Jumaat.

Seorang penduduk yang enggan dikenal pasti berkata, dia dan beberapa penduduk lain ternampak reptilia itu.

“Kami melihat dua buaya itu di tebing sungai berhampiran jambatan besi,” katanya.

Dia berharap nelayan tempatan lebih berhati-hati di sepanjang sungai kerana buaya boleh menyerang pada bila-bila masa.

“Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak yang suka berenang dan memancing di sungai.”

Dia juga meminta Jabatan Hidupan Liar menangkap buaya tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here