Mon, 28 Apr 2025
Headlines:
PM Anwar ajak orang ramai hadir, hayati pementasan teater ‘Haji Murat’
Published on: Monday, June 24, 2024
Published on: Mon, Jun 24, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
PM Anwar ajak orang ramai hadir, hayati pementasan teater ‘Haji Murat’
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater ‘Haji Murat’ yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini.

Beliau berkata teater berdasarkan novella penting dan karya terakhir sasterawan ulung Rusia Leo Tolstoy itu ternyata mengesankan tatkala ia menekankan betapa perang dan kekuasaan yang ganas hanya melahirkan ramai watak yang jahat dan khianat.

Advertisement
“Tolstoy berjaya mewujudkan rasa dan sikap simpatetik, apalagi kepada seorang pejuang dan wira umat Islam yakni Haji Murat, terutama di saat dunia dirundung berat akan kezaliman dan budaya politik pemerasan (‘politics of dispossession’) yang kini berterusan di Palestin,” katanya dalam hantaran di media sosialnya.

Karya yang berasal daripada novel pendek tulisan Tolstoy itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh penggiat sastera dunia Dr Victor Pogadaev dan disunting Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan, sebelum diterbitkan DBP pada 2001.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Karya berkenaan yang mengangkat tema jihad dan perjuangan bangsa ditulis berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 1851, melibatkan pejuang Chechen bernama Haji Murat yang membentuk perikatan dengan Rusia yang pernah ditentanginya, kerana ingin membalas dendam.

Malah perdana menteri berkata novella itu yang mengisahkan penaklukan empayar Rusia ke atas warga Muslim di wilayah Dagestan, Kaukasus Utara, dibawanya ketika mengajar di Amerika Syarikat sebelum ini, di saat ramai ketika itu membicarakan soal Islamofobia dan terorisme pasca serangan 9/11.

Advertisement
“Haji Murat adalah sosok yang dekat dan paling kanan kepada Imam Shamil, ketua pejuang dan watak penting di tampuk kepemimpinan wilayah tersebut.

Mereka berjuang seiring melawan kerakusan empayar Rusia yang dikepalai Tsar Nicholas I, dan berlakunya pertembungan antara pejuang dan penjajah kerana ingin membebaskan keluarga tercinta.

Advertisement
Watak Haji Murat adalah watak yang tersepit di antara dua kekuasaan yang zalim, dan bertindak semata dalam menyelamatkan keluarganya,” katanya.

Pementasan Teater Perdana Haji Murat yang diarahkan A Wahab Hamzah dan diuruskan Badan Budaya DBP itu melibatkan sekitar 100 pelakon termasuk nama-nama gah dalam seni teater seperti Che Kem, Dr Rusdeen Suboh dan Ard Omar.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here