Mon, 17 Feb 2025
Headlines:
Wanita rugi RM1.6 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud
Published on: Wednesday, July 03, 2024
Published on: Wed, Jul 03, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Wanita rugi RM1.6 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud
Mohd Khairi berkata mangsa yang tidak bekerja telah membuat beberapa pelaburan dari tempoh 14 Mac hingga 28 Jun tahun ini dengan menggunakan wang daripada keluarga dan hasil jualan aset.
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita kerugian RM1.6 juta selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan menerusi laman sesawang.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata kejadian bermula selepas mangsa yang berusia 49 tahun dan berasal dari Kuala Terengganu melihat iklan berkaitan kejayaan kewangan seorang lelaki menerusi satu laman web pada Disember tahun lepas.

Advertisement
Beliau berkata wanita itu yang tertarik dengan iklan berkenaan kemudian mengisi borang menerusi laman web itu sebelum dihubungi oleh individu melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa dijemput masuk ke satu kumpulan WhatsApp yang berkaitan urusan saham oleh individu berkenaan. Selepas tiga bulan, mangsa sekali lagi dijemput masuk ke satu kumpulan WhatsApp lain.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
“Mangsa kemudiannya diajar oleh beberapa individu untuk memulakan pelaburan dengan membuat pindahan wang ke dalam akaun bank yang diberikan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairi berkata mangsa yang tidak bekerja telah membuat beberapa pelaburan dari tempoh 14 Mac hingga 28 Jun tahun ini dengan menggunakan wang daripada keluarga dan hasil jualan aset.

Advertisement
Beliau berkata mangsa terperdaya selepas dijanjikan pulangan lumayan dianggarkan RM90 juta dalam waktu yang singkat.

“Mangsa masih belum menerima pulangan pelaburan yang dijanjikan sehingga kini dan mula mengesyaki dirinya ditipu setelah semua perbualan mesej dan panggilannya disekat.

Advertisement
“Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here