Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan semua ketua dan jabatan yang berkaitan untuk mengambil tindakan tegas dan pantas dalam menangani isu-isu semasa yang belaku di negeri ini seperti isu masyarakat Pala’u dan banjir.
Hajiji turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu isu-isu semasa itu menjadi lebih besar hingga menjejaskan reputasi negeri dan negara, menurut kenyataan media.
Beliau berkata sedemikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.