Sun, 26 Jan 2025
Headlines:
Mangsa banjir OKU terharu ramai tampil membantu
Published on: Friday, July 05, 2024
Published on: Fri, Jul 05, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Mangsa banjir OKU terharu  ramai tampil membantu
FRANCIS Xavier menceritakan pengalamannya apabila banjir kilat melanda rumahnya, Ahad lepas, di Kampung Dabak.
PENAMPANG: Seorang penduduk Orang Kurang Upaya (OKU) yang turut menjadi mangsa banjir di Kampung Dabak di sini menarik nafas lega dan terharu apabila menerima bantuan yang tidak putus-putus sejak semalam.

Francis Xavier Kinjin @ Oliver Putut, 40, yang dilahirkan dengan focomelia, iaitu gangguan kongenital menyebabkan tangan dan kaki seseorang menjadi lebih pendek atau hilang sama sekali, berkata beliau yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang dibenarkan pulang ke rumah petang Rabu.

Advertisement
Beliau berkata lebih mengharukan lagi apabila beliau tidak putus-putus menerima panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang berhasrat untuk membantu, antaranya untuk membersihkan rumah.

“Sejak semalam ramai yang telefon untuk bertanyakan keadaan saya dan mahu datang untuk menghulurkan bantuan seperti membersihkan rumah dan sebagainya.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
“Pagi tadi apabila saya bangun, saya terkejut melihat Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Donald Peter Mojuntin dengan beberapa lagi pihak sukarelawan lain datang ke sini dan menghulurkan bantuan serta bersama-sama membersihkan rumah yang dimasuki tanah dan lumpur,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya, di sini, Khamis.

Menceritakan kejadian banjir berkenaan, Francis Xavier berkata ia adalah kali kedua banjir besar berlaku di kampung berkenaan sejak beliau dilahirkan dan menetap di situ sejak 40 tahun lepas.

Advertisement
“Seingat saya, banjir besar pernah berlaku pada 1999 dan ia adalah lebih besar daripada kali ini kerana ia berlanjutan sehingga tiga hari...pada kali ini, banjir juga besar sehingga ramai penduduk mengalami kerugian kerana kerosakan harta benda, namun banjir pulih lebih cepat.

“Kejadian banjir bukan perkara luar biasa berlaku di kampung ini kerana setiap tahun akan berlaku satu atau dua kali banjir, namun ia tidak besar dan air hanya naik hingga paras lutut dan ia berbeza dengan banjir kali ini yang naik sehingga tiga meter,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata semasa banjir berkenaan berlaku kira-kira pukul 5 petang Ahad lepas, kebetulan adik angkat dan ibu beliau berada di situ.

“Kebetulan mereka ada di sini dan mereka yang membantu saya menyelamatkan apa-apa barang yang boleh diselamatkan dan saya cuma berpindah ke PPS pagi Isnin lepas. Untuk banjir kali ini saya anggarkan kerugian sebanyak lebih RM10,000 kerana banyak barang yang rosak seperti peti ais dan pelbagai barangan elektrik lain,” katanya.

Sementara itu, seorang sukarelawan daripada “Broom Army’’ Christoper Suis, 53, berkata beliau bersama beberapa lagi sukarelawan lain datang untuk membersihkan rumah Francis Xavier, termasuk beberapa lagi rumah yang memerlukan bantuan khususnya golongan OKU dan warga tua.

“Hari ini kami telah membahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membantu bersihkan rumah mangsa yang memerlukan bantuan...kita juga mengagihkan makanan tengah hari kepada mangsa yang terlibat.

“Kami menerima banyak bantuan daripada pelbagai pihak dan kita akan bertugas untuk mengagih-agihkan bantuan berkenaan dan saya berharap agar lebih ramai individu di luar sana yang mahu bersama-sama kami melakukan misi sukarelawan ini,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here