Mon, 28 Apr 2025
Headlines:
Stadium mini RM3.5 juta untuk SMAN Toh Puan Hajah Rahmah
Published on: Saturday, July 06, 2024
Published on: Sat, Jul 06, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Stadium mini RM3.5 juta untuk SMAN Toh Puan Hajah Rahmah
ARIFFIN (kelima dari kiri) bersama kontinjen SMAN Toh Puan Hajah Rahmah.
PAPAR: Bagi memudahkan sebarang penganjuran sukan berskala besar di masa depan, sebuah stadium mini bakal dibina di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah, di sini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3.5 juta untuk projek itu yang bakal bermula Januari tahun depan.

Advertisement
“Projek ini akan bermula Januari tahun depan dan kerja-kerja pembinaan akan siap sepenuhnya dalam tempoh 24 bulan iaitu penghujung 2026.

“Sebaik siap, stadium mini ini akan memberi manfaat bukan saja kepada SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, tetapi juga SMAN lain dalam penganjuran sukan berskala besar,” katanya.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Penutupan Majlis Sukan Sekolah Negeri SMAN Peringkat Negeri Sabah di SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, di sini, Khamis.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Jumain Abdul Ghani.

Advertisement
Dalam pada itu, Ariffin yang juga Exco Pendidikan meminta jawatankuasa MSSN SMAN memperluaskan penganjuran sukan dengan melibatkan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMAK) dan instituti tahfiz.

Katanya, ia perlu bagi memastikan sekolah-sekolah aliran agama lainnya tidak ketinggalan untuk terlibat dalam pertandingan sukan, sekali gus memeriahkan lagi penganjuran sukan MSSN SMAN.

Advertisement
Pada masa sama, katanya, penganjuran sama di peringkat Borneo juga perlu dilaksanakan di masa depan bagi mewujudkan daya saing sihat di kalangan pelajar sekolah agama.

“Saya mencadangkan agar dibuat satu lagi pertandingan di peringkat Borneo dan ini juga boleh melibatkan pertandingan lainnya seperti pidato, syarahan dan juga sukan sebagaimana MSSN ini.

“Usaha ini bukan saja mampu melahirkan bakat sukan anak-anak kita tetapi juga insan bersahsiah untuk kepimpinan pelapis di masa depan,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here