Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
Komuniti Bajau Laut akan dilindungi di bawah piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Published on: Sunday, July 07, 2024
Published on: Sun, Jul 07, 2024
By: Raisha Dania
Text Size:
Text:
Komuniti Bajau Laut akan dilindungi di bawah piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Hajiji turut berkata pihaknya merekodkan sekitar 27,000 orang Pala’u di Sabah.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan perlindungan akan diberikan kepada komuniti Bajau Laut atau Pala’u seperti yang terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kita mesti tahu bahawa Pala’u adalah (bangsa) yang tidak mempunyai negara. Dalam undang-undang antarabangsa (piagam PBB), di mana sahaja Pala’u ini datang, maka negara tersebut mesti menjaga mereka.

Advertisement
“Kita tidak boleh samakan Pala’u yang tidak mempunyai kewarganegaraan ini dengan pendatang asing tanpa izin (PTI). PTI kita boleh hantar mereka pulang ke negara asal, tapi Pala’u tiada negara.

“Jadi kalau mereka ada di negara kita atau di Sabah, kita mesti jaga kepentingannya. Ini asasnya macam mana kita melayan Pala’u ini.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Kalau mereka pergi ke perairan antarabangsa, ke Indonesia maka kerajaan Indonesia menjaga mereka. Begitu juga kalau mereka pergi Filipina. Itu perbezaan Pala’u dengan PTI. Jadi orang kita jangan keliru mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi 2024 Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia Timur bertempat di Dewan Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, di sini, Sabtu.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau turut berkata pihaknya merekodkan sekitar 27,000 orang Pala’u di Sabah.

Pala’u merupakan komuniti laut nomad di perairan Asia Tenggara, termasuk Laut Sulu dan Celebes. Mereka secara tradisi tinggal di rumah bot, serta bergantung pada perikanan dan sumber laut untuk mata pencarian mereka.

Advertisement
Sebelum ini, media melaporkan terdapat beberapa pautan video pengusiran dan rumah komuniti Pala’u yang dibakar di kawasan Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) Semporna sehingga mengundang pelbagai reaksi dari ramai pihak.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri menafikan tindakan membakar rumah mereka di samping menyatakan pengusiran terbabit dilakukan kerana komuniti itu tinggal secara haram di kawasan terbabit.

Pelaksanaan operasi perobohan dan pengosongan rumah di kawasan TMTS Semporna juga dilaksanakan atas faktor keselamatan susulan kegiatan jenayah rentas negara di lokasi penempatan tanpa izin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here