Thu, 20 Mar 2025
Headlines:
Aksi terakhir Ramon bersama Sabah berakhir kekecewaan
Published on: Monday, July 08, 2024
Published on: Mon, Jul 08, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Aksi terakhir Ramon bersama Sabah berakhir kekecewaan
AKSI Ramon pada perlawanan terakhirnya bersama Sang Badak.
Kota Kinabalu: Perlawanan terakhir Ramon Machado bersama skuad Sang Badak berakhir dengan kekecewaan apabila Sabah FC tumbang 0-3 dalam perlawanan timbal balik suku akhir Piala FA menentang Terengganu FC di Stadium Likas pada malam Sabtu lalu.

Pemain dari Brazil itu berada dalam kesebelasan utama untuk perlawanan terakhirnya buat kelab itu, tetapi gagal menemui jaringan selepas terlepas beberapa peluang untuk meledak gol.

Advertisement
Ia juga malam yang perlu dilupakan bagi Sabah FC kerana sebarang harapan untuk membalikkan defisit 4-0 pada perlawanan pertama boleh dikatakan sudah lebur pada minit ke-10 apabila Safawi Rasid diberi masa dan ruang untuk menjaringkan gol pembukaan.

Sabah FC mempunyai dua peluang untuk menyamakan kedudukan tidak lama kemudian, tetapi Kumaahran Sathasivam tidak dapat menemui sasaran dengan tandukannya, manakala tandukan Ramon terus ke dakapan penjaga gol Terengganu FC, Syed Muhd Nasrulhaq Syed Bidin.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Syed juga beraksi cemerlang pada penghujung separuh masa pertama untuk menyekat rembatan kencang Jafri Chew dan tandukan Daniel Ting tersasar sedikit sebelum Muhd Akyyar Abd Rashid ‘membunuh’ permainan dengan jaringan kedua mereka pada minit ke-42.

Sabah FC meneruskan serangan pada separuh masa kedua tetapi sekali lagi mereka gagal menemui sasaran menerusi percubaan Stuart Wilkin dan Ramon sebelum Marin Pilj menjaringkan gol ketiga untuk pasukan pelawat menerusi sepakan percuma pada minit ke-86.

Advertisement
Datuk Ong Kim Swee kesal dengan penyudah tumpul yang menjadi punca kekalahan itu dan mengakui Terengganu FC lebih klinikal di hadapan.

“Kami gagal memanfaatkan peluang kami manakala Terengganu mampu menyempurnakan peluang mereka dengan begitu mudah. Dua gol yang dilepaskan pada separuh masa pertama bukanlah apa yang kami mahukan.

Advertisement
“Kami perlu menyalahkan diri sendiri kerana saya percaya peluang yang kami cipta lebih banyak daripada Terengganu, tetapi mereka jelas lebih tajam di depan gawang,” katanya.

Perlawanan Sabah FC yang seterusnya adalah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) FC di Stadium Likas apabila liga bersambung semula pada 13 Julai. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here