TELUPID: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyeru semua ahli parti untuk terus maju ke hadapan.
Katanya, perjuangan parti untuk rakyat dan negeri masih jauh.
Advertisement

Beliau membuat seruan ini ketika menyempurnakan dua Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS Bahagian N49 Labuk dan N47 Telupid yang diadakan secara berasingan, Sabtu.
Pada AGM bahagian Labuk yang diadakan Dewan Serbaguna Beluran, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II turut menyaksikan penyampaian Anugerah Tokoh Pejuang Sepanjang Zaman daripada wakil empat etnik dalam daerah Beluran iaitu Kadazandusun, Tidung, Bajau Samah dan Sungai kepada bekas Ketua Bahagian, Datuk Seri Michael Asang.
Antara yang hadir ialah Adun Labuk Datuk Samad Jambri; Pengerusi Penganjur AGM PBS Bahagian Labuk Mirsoh Ampak; Ketua Bahagian PBS Labuk Zamil Ismail; Ketua Pemuda PBS Pusat Dr. Christoper Mandut, serta ahli-ahli Majlis Tertinggi PBS Exco-exco Wanita dan Pemuda.
Dr. Joachim kemudian merasmikan AGM di Dewan Serbaguna Telupid.
Advertisement
_300_x_250_px_(DE).gif)
Beliau berkata, PBS akan mempertahankan kerusi Telupid pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke -17, di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua cawangan yang berjaya mengadakan mesyuarat dan seterusnya di peringkat bahagian.
Hadir sama pada AGM PBS Telupid ialah Ketua Bahagian PBS Telupid yang juga Adun Telupid Datuk Dr. Jonnybone Kurum; Pengerusi Penganjur Levi Philip; Naib Presiden PBS Datuk Johnny Mositun, Penasihat Perdana Datuk Seri Michael Asang; Ketua Pergerakan Pemuda PBS Pusat Dr. Christoper Mandut; Ahli-ahli Majlis Tertinggi PBS serta Ketua-ketua Bahagian, Exco-exco Pemuda dan Wanita.
Malam Bersatu turut diadakan sebagai penutup tirai.