Tuaran: Empat dilaporkan cedera selepas dua dinaiki bertembung dalam kemalangan di Jalan Tuaran - Kota Belud berhampiran Klinik Kesihatan Pekan Tenghilan, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, semua mangsa yang mengalami kecederaan di anggota badan dihantar ke hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 7.50 malam.
Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba dimaklumkan bahawa seorang mangsa dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilix dihantar ke hospital Tuaran sebelum ketibaan pasukan bomba.
“Manakaka tiga lagi yang menaiki kereta Honda City diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital sama menggunakan EMRS dan ambulan,” katanya.
Advertisement
.png)
Menurut Mohd Nor, pasukan bomba seterusnya memeriksa keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan dan sekitar lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain.
“Punca kejadian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.30 malam,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Advertisement
_(1).png)
Sementara itu, satu lagi kemalangan dilaporkan berlaku pukul 9.45 pagi, di Jalan Kindu, Tuaran hari yang sama melibatkan tiga kenderaan.
Difahamkan, terdapat dua mangsa tersepit dalam kereta Perodua Viva dan dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital Tuaran dengan menaiki EMRS dan ambulan untuk menerima rawatan lanjut.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 10.37 pagi selepas memastikan tiada punca bahaya lain di lokasi.