Tue, 18 Feb 2025
Headlines:
Tanah runtuh putuskan akses jalan
Published on: Thursday, July 11, 2024
Published on: Thu, Jul 11, 2024
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Tanah runtuh putuskan akses jalan
LORI yang terkandas itu.
KUNAK: Tanah runtuh di tebing Jalan Tingkayu yang menghubungkan Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Binuang, di sini, menyebabkan jalan itu tidak dapat diakses dari kedua-dua arah sejak malam Selasa. 

Keadaan itu dirumitkan lagi apabila sebuah lori turut terbenam di kawasan tanah berlumpur di lokasi itu pada malam tersebut.

Advertisement
Kejadian itu menyebabkan guru yang berkenderaan ke SK Ladang Binuang tidak dapat meneruskan perjalanan mereka pada pagi Rabu kerana “tersekat” di tengah jalan. 

Sementara itu, kenderaan yang membawa pelajar yang tinggal di kawasan estet juga menghadapi kesukaran untuk pergi ke sekolah menengah yang terletak di Pekan Kunak dan Madai.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
SK Binuang satu-satunya sekolah rendah yang terdapat di kawasan ladang di situ, sementara pelajar sekolah menengah menggunakan laluan utama itu ke sekolah mereka setiap hari.

Jalan Tingkayu menjadi sesak dengan kenderaan beratur panjang sejak malam Selasa termasuk lori, kereta persendirian dan kenderaan estet.

Advertisement
Seorang peniaga yang memandu sebuah pacuan empat roda (4WD) berkata lori yang terperangkap dalam lumpur sejak Selasa itu hanya berjaya dialihkan pada tengah hari Rabu.

“Laluan itu kembali digunakan kira-kira jam 1 petang Rabu selepas jentera berat digunakan menarik keluar lori yang tersangkut itu,” kata pemandu tersebut.

Advertisement
Jalan Tingkayu di Kunak merupakan laluan utama menghubungkan SK Binuang di Ladang Binuang (SD Guthrie) dan juga beberapa syarikat ladang di kawasan itu.

Kebanyakan murid yang belajar di SK Binuang merupakan anak-anak pekerja dan kakitangan ladang di sekitar.

Jalan Tingkayu juga akses utama bagi guru-guru yang mengajar di SK Ladang Binuang.

Dalam perkembangan sama, Adun Kunak Datuk Norazlinah Arif telah menyuarakan cadangannya supaya Jalan Tingkayu di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dinaiktaraf bagi memudahkan guru, pelajar dan penduduk di kawasan estet menggunakan laluan tersebut.

Cadangan menaiktaraf Jalan Tingkayu itu turut disebut beliau semasa sesi Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2024 di Dewan Undangan Negeri pada Selasa.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here