Kota Kinabalu: Keterjaminan makanan di Sabah mendapat suntikan apabila peruntukan sebanyak RM33,593,226 diserah oleh Kerajaan Perseketuan kepada Kerajaan Negeri dalam satu majlis.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan replika cek daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu kepada Timbalan Ketua Menteri I yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Gapari Kitingan pada Jumaat.
Advertisement
.gif)
Majlis dijalankan semasa kunjungan hormat di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya yang turut dihadiri Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup, menurut kenyataan media.
Peruntukan itu adalah untuk melaksanakan usaha meningkatkan keterjaminan makanan di negeri ini, antaranya pemerkasaan ternakan bersepadu ruminan dan pemulihan sawah-sawah padi terbiar.