Sun, 15 Jun 2025
Headlines:
Dua lagi kriteria untuk Sandakan jadi bandaraya
Published on: Saturday, July 13, 2024
Published on: Sat, Jul 13, 2024
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Dua lagi kriteria untuk Sandakan jadi bandaraya
JOACHIM (kedua, kiri) bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (kanan) dan dua lagi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (kedua, kanan) dan Datuk Shahelmey Yahya pada sidang DUN, Khamis.
Kota Kinabalu: Dua daripada 11 kriteria perlu dipenuhi sebelum Sandakan boleh dinaik taraf daripada sebuah majlis perbandaran kepada sebuah bandaraya penuh.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam (PBS-Kundasang) menjelaskan daerah itu perlu terlebih dahulu mempunyai penduduk tidak kurang daripada 500,000 dan pendapatan tahunan RM100 juta ke atas.

Advertisement
“Untuk mencapai matlamat itu, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah merangka pelan strategik yang dijadualkan dilancarkan tahun ini.

“MPS telah menetapkan matlamat untuk menaik taraf status Sandakan daripada perbandaran kepada bandaraya sebelum atau menjelang 2030,” katanya kepada Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Timbalan Ketua Menteri II itu menjawab soalan Datuk Mokran Ingkat (Umno - Sungai Manila) yang bertanya mengenai perkembangan transformasi itu.

Joachim berkata, dalam mencapai sasaran tahunan RM100 juta, MPS akan menguatkuasakan undang-undang kecil untuk mengoptimumkan kutipan hasil.

Advertisement
“Ini sebagai tambahan kepada pelaksanaan kadar taksiran baharu yang akan diwartakan sepenuhnya menjelang 2025, semakan kadar sewa hartanah berdasarkan nilai pasaran semasa dan memperkasakan usaha mengutip tunggakan berjumlah lebih RM40 juta.

“Bagi kriteria kedua iaitu mempunyai jumlah penduduk tidak kurang 500,000 orang, MPS kini sedang mempergiatkan pelbagai usaha perancangan bagi memastikan Sandakan sentiasa menjadi destinasi pelaburan strategik bagi menambah peluang pekerjaan dan mempelbagaikan potensi ekonomi.

Advertisement
“Untuk mencapai tujuan ini, salah satu rancangan MPS adalah untuk merancakkan industri pelancongan melalui Pelan Tindakan Pelancongan Sandakan 2020-2030.

“MPS sedang berusaha mendapatkan pelbagai pengiktirafan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa bagi memastikan Sandakan sentiasa mendapat sorotan positif,” katanya.

Beliau berkata antaranya ialah pencapaian Piawaian Bandar Pelancong Bersih Asean 2024-2026 pada April 2024 melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta Tinjauan Tempatan Sukarela MPS dan Pelan Hala Tuju SDG dengan kerjasama Urbanice Malaysia yang akan disiapkan dan dibentangkan di New York, Amerika Syarikat semasa Forum Politik Peringkat Tinggi pada 2025.

“MPS optimis dengan kedudukan ekonomi daerah yang kukuh serta pengiktirafan daripada pelbagai peringkat, boleh meletakkannya sebagai salah satu bandar yang setanding dengan piawaian boleh huni global,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here