Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
RM400 juta naik taraf hospital Sandakan
Published on: Saturday, July 13, 2024
Published on: Sat, Jul 13, 2024
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
RM400 juta naik taraf hospital Sandakan
James berkata beliau telah berbincang baru-baru ini dengan Menteri Kesihatan Persekutuan untuk menaik taraf hospital Sandakan dan Tawau kepada hospital negeri yang mampu menampung lebih ramai pakar.
MENTERI Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata Kementerian Kesihatan telah mencadangkan pembesaran Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan dengan peruntukan RM400 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Kerja-kerja awal sedang dijalankan, dan kita telah menerima peruntukan sebanyak RM2 juta,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Adun Elopura Calvin Chong pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri, Khamis.

Advertisement
James seterusnya berkata beliau telah berbincang baru-baru ini dengan Menteri Kesihatan Persekutuan untuk menaik taraf hospital Sandakan dan Tawau kepada hospital negeri yang mampu menampung lebih ramai pakar.

Menjawab soalan lain oleh Adun Senallang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, James berkata Kementerian Kesihatan bercadang menempatkan pakar atau subpakar di hospital-hospital daerah.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Kepada soalan asal Chong, James berkata bilangan mesin dialisis sedia ada di HDOK Sandakan adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan pesakit.

“HDOK mempunyai 30 water points dan 45 mesin dialisis.

Advertisement
“Sebanyak 121 pesakit sedang menerima rawatan hemodialisis, dan 52 pesakit sedang menerima rawatan dialisis peritoneal ambulatori berterusan (CAPD) di hospital,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here