Sun, 27 Apr 2025
Headlines:
Tukang masak didakwa rogol, cabul wanita
Published on: Saturday, July 13, 2024
Published on: Sat, Jul 13, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Tukang masak didakwa rogol, cabul wanita
Kota Kinabalu: Seorang tukang masak berusia 35 tahun didakwa merogol seorang wanita dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan wanita itu.

Arronny Janius mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, atas dua pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Arrony didakwa merogol wanita berusia 18 tahun dan empat bulan itu, antara 2 pagi dan 6 pagi pada 12 Mei tahun ini, di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran TT Bar di Kepayan Point, Penampang.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan persetubuhan terhadap wanita sama dengan memasukkan dua jarinya ke dalam kemaluan mangsa pada hari sama di dalam kenderaan sama, yang diletakkan di Taman Awam Teluk Likas, di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan dan tiada jaminan ditawarkan kepada Arrony sementara menunggu kesnya selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan manakala Arrony tidak diwakili peguam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here