Kota Kinabalu: Perpustakaan negeri baharu Tenom bernilai RM6.27 juta sedang dalam pembinaan dan dijangka dibuka pada Disember.
Bangunan dua tingkat itu akan menyediakan perkhidmatan internet, audio-visual, peminjaman buku selain sebagai pusat maklumat.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata ketika menjawab soalan Datuk Raime Unggi (Adun yang Dicalonkan Umno) di Dewan Undangan Negeri pada Khamis.
Advertisement