Kota Kinabalu: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) akan terus memperkasa misi dan visi yang telah dirancang bagi membangunkan modal insan serta kemudahan Internet dan ekonomi desa di Sabah.
Menterinya, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, antara inisiatif kementerian itu termasuk menjenamakan semula 30 buah e-desa yang akan diperluaskan lagi peranannya untuk masyarakat desa.
“Kita akan kembangkan e-desa ini bersama Scenic (Sabah Creative Economy and Innovation Centre) yang merupakan sebuah agensi atau badan di bawah KSTI.
Advertisement