Sun, 27 Apr 2025
Headlines:
Industri halal di Sabah terus diperkasa: Hajiji
Published on: Monday, July 15, 2024
Published on: Mon, Jul 15, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Industri halal di Sabah terus diperkasa: Hajiji
Hajiji berkata, halal bukan sahaja dikaitkan dengan industri makanan dan minuman semata-mata, skopnya luas merangkumi produk dan perkhidmatan melibatkan penjagaan kesihatan dan farmaseutikal, kosmetik dan pelancongan. 
Kota Kinabalu: Industri halal di Sabah khususnya membabitkan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan terus diperkasa dan terpelihara menerusi peranan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Halal Hab.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, usaha itu juga seiring dengan komitmen kerajaan yang terus komited memperkasa dan merancakkan industri halal yang lebih menyeluruh di Sabah. 

Advertisement
Katanya, dengan adanya pensijilan halal dapat membantu usahawan IKS mengetengahkan produk mereka bukan sahaja setakat di dalam negeri tetapi juga di luar negara. 

Menurutnya, sijil halal adalah elemen penting dalam meyakinkan masyarakat pengguna bahawa produk itu halal dan selamat, malah konsep halal berkait rapat dengan produk berkualiti tinggi dari segi aspek kebersihan dan pematuhan terhadap syariah agama.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Saya berharap usaha Muis memperkenal dan membuat pendekatan drastik membantu IKS melalui Sijil Halal Industri Kotej (SHIK) bagi pengusaha yang belum memiliki tempat tetap khusus memproses produk atau kilang, akan diperluaskan ke seluruh Sabah.” 

“Cara ini sudah tentu akan membantu IKS mempromosikan produk mereka dengan lebih meluas. Saya harap pengusaha-pengusaha IKS mengambil peluang ini bagi memperolehi sijil Halal Malaysia, sekaligus mengembangkan perniagaan mereka”, katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian pada Ekspo Halal Antarabangsa Sabah (SAHEX) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Ahad.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif.

Advertisement
Katanya, SAHEX 2024 merupakan program yang sangat baik dalam memperkenalkan produk-produk tempatan yang telah dipersijilkan halal oleh Muis melalui Muis Halal Hub di negeri ini.

Hajiji berkata, halal bukan sahaja dikaitkan dengan industri makanan dan minuman semata-mata, skopnya luas merangkumi produk dan perkhidmatan melibatkan penjagaan kesihatan dan farmaseutikal, kosmetik dan pelancongan. 

Menurutnya, industri halal di Malaysia menyediakan peluang yang amat besar, justeru pengusaha IKS di Sabah perlu merebut peluang untuk terbabit dalam industri halal di negara ini.

“Kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan swasta di negeri ini penting dalam pengurusan halal bagi memperkasa aspek pensijilan halal khususnya kepada usahawan IKS.

“Usaha ini penting agar mereka juga mampu bersaing dan memiliki keupayaan dalam pasaran industri halal di Sabah, pada masa sama memastikan lebih ramai lagi usahawan IKS di Sabah mempunyai persijilan halal.

“Ia bagi memudahkan mereka mempromosikan produk hingga ke luar negara,” katanya yang berharap lebih banyak lagi kempen kesedaran mendapatkan sijil halal di kalangan usahawan IKS di Sabah.

 Terdahulu, pelancaran Aplikasi Halal Sabah dan Buku Garis Panduan Konsultan Halal turut diadakan di majlis itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here