Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
BOLA SEPAK – Liga Super: Sabah tewas di tangan JDT
Published on: Monday, July 15, 2024
Published on: Mon, Jul 15, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
BOLA SEPAK – Liga Super: Sabah tewas di tangan JDT
Ong (kiri) kecewa dengan keputusan itu tetapi memuji pemain-pemain atas aksi yang memberangsangkan. GABRIEL (kanan) menyempurnakan penalti pada perlawanan tersebut.
Kota Kinabalu: Sabah FC memberikan tentangan sengit sebelum tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, pada malam Sabtu lepas.

Walaupun kehilangan khidmat Darren Lok dan Saddil Ramdani di depan, mereka berjaya mengasak pendahulu liga itu dengan S. Kumaahran dan Jafri Chew kedua-duanya terlepas peluang menjaringkan gol selepas pasukan itu ketinggalan satu gol pada minit ke-21.

Advertisement
Penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat gagal memintas bola daripada sepakan sudut yang diambil oleh Arif Aiman dan Romel Morales berjaya menanduk masuk untuk gol pembukaan.

Pada minit ke-31, Kumaahran berjaya melepaskan diri daripada pemain yang mengawalnya sebelum melakukan rembatan dengan kaki kiri namun percubaannya tersasar sedikit.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Empat minit kemudian, Jafri mencuba nasib dari luar kotak penalti tetapi rembatannya terus ke dakapan penjaga gol.

Pasukan pelawat kemudian mendahului dengan dua gol sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan apabila Romel menjaringkan gol keduanya pada minit ke-44 selepas menerima hantaran daripada Francisco Geraldes.

Advertisement
Sabah FC meneruskan asakan pada separuh masa kedua dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-50 apabila mereka dihadiahkan penalti selepas Park Taesu dijatuhkan oleh Matthew Davies di dalam kotak penalti dan Gabriel Peres tidak mempunyai masalah untuk menjaringkan gol dari sepakan penalti itu.

Peluang tuan rumah untuk mendapatkan gol penyamaan tertutup pada masa kecederaan apabila Video Bantuan Pengadil (VAR) menghadiahkan penalti kepada pasukan pelawat kerana terjahan yang dilakukan Rawilson Batuil ke atas Arif Aiman, yang disempurnakan oleh Bergson. 

Advertisement
Datuk Ong Kim Swee kecewa dengan keputusan itu tetapi memuji pemain-pemain atas aksi yang memberangsangkan.

“Ia tentunya keputusan yang mengecewakan. Bagaimanapun, kami dapat melaksanakan corak permainan yang kami mahu mainkan walaupun tanpa beberapa pemain pilihan pertama kami.

“Dua gol yang dilepaskan pada separuh masa pertama adalah akibat kesilapan kami sendiri dan itu menjadikan tugas kami lebih sukar. Bagaimanapun, kami dapat mempamerkan daya saing dan berjaya menjaringkan gol pada separuh masa kedua, dan sepakan penalti yang diberikan amat mengecewakan,” katanya.

Beliau juga berkata ketiadaan Darren Lok dan Saddil Ramdani akibat kecederaan telah membuka ruang kepada pemain tempatan.

“Azhad Harraz dan Harith Naem diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka. Saya percaya mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri tetapi kami dapat melihat bahawa mereka telah memberikan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu kekalahan itu adalah yang pertama buat Sabah FC pada musim baru. Mereka berada di tangga keempat dengan tujuh mata daripada dua kemenangan dan satu seri.

Perlawanan mereka yang seterusnya adalah menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada 27 Julai.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here