Mon, 17 Feb 2025
Headlines:
Polis tahan dua lelaki, rampas pistol dan dadah di Alor Setar
Published on: Tuesday, July 16, 2024
Published on: Tue, Jul 16, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Polis tahan dua lelaki, rampas pistol dan dadah di Alor Setar
Fisol berkata pada Khamis lepas, IPD Kota Setar melancarkan Op Letrik bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan membuat serbuan terhadap 14 premis yang menjalankan aktiviti mencuri elektrik untuk menjalankan kegiatan melombong bitcoin di sekitar daerah Kota Setar.
ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM148,000 dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di sini pada Ahad lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata dalam tangkapan pertama, sepasukan anggota daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun semasa sedang melakukan rondaan cegah jenayah.

Advertisement
“Hasil pemeriksaan terhadap suspek menjumpai dua pucuk pistol bersama 48 butir peluru. Semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah, suspek turut positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil tangkapan pertama telah membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki tempatan berumur 65 tahun pada hari yang sama. Polis turut menjumpai 62 peket plastik dadah disyaki ketamin seberat lebih 1.3 kilogram, 40 pembalut aluminium berisi pil Erimin 5 seberat 113 gram dan 76 peket plastik berisi ekstasi seberat 989 gram,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Beliau berkata polis turut menyita sebuah kereta jenis Audi A4 dan sebuah televisyen yang dipercayai diperoleh daripada aktiviti pengedaran dadah.

“Suspek kedua tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah. Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 21 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti) 1971, Seksyen 8 (A) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement
“Kita percaya mereka ada kumpulan sendiri dan dadah jenis ketamin ini digunakan di pusat-pusat hiburan. Polis masih menjalankan siasatan, mungkin juga ada permintaan (dadah) oleh individu perseorangan,” katanya.

Dalam pada itu, Fisol berkata pada Khamis lepas, IPD Kota Setar melancarkan Op Letrik bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan membuat serbuan terhadap 14 premis yang menjalankan aktiviti mencuri elektrik untuk menjalankan kegiatan melombong bitcoin di sekitar daerah Kota Setar.

Advertisement
“Hasil serbuan telah berjaya menahan tiga lelaki dan merampas 564 mesin bitcoin. Kita percaya mereka telah lama melakukan aktiviti melombong ini dan polis sebelum ini ada menerima aduan berhubung gangguan tenaga elektrik.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here