KINABATANGAN: Seorang lelaki berusia 35 tahun hilang dikhuatiri di baham buaya semasa memukat di sungai Kampung Sobak Perpaduan, d sini, pada Selasa petang.
Difahamkan lelaki tersebut memukat di sungai tersebut bersama anaknya yang berusia 10 tahun dan selamat dalam kejadian kira-kira jam 4 petang tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat oleh pasukan penyelamat dan orang kampung kini masuk hari kedua.