Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan pembaharuan pasport dalam Ops Fly baru-baru ini, menurut kenyataan media.
Risikan yang dijalankan selama sebulan telah berjaya membongkar sindiket "pasport terbang" dengan penahanan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM300,000 daripada sindiket itu yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun 2023.
Advertisement

Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 40an hingga 50an ditahan kira-kira jam 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.