Tue, 20 May 2025
Headlines:
Kumpulan terakhir jemaah haji Sabah selamat pulang
Published on: Thursday, July 18, 2024
Published on: Thu, Jul 18, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kumpulan terakhir jemaah haji Sabah selamat pulang
RUSLAN (kiri) menyambut rombongan jemaah haji terakhir dari Sabah di KKIA.
Kota Kinabalu: Kumpulan terakhir jemaah haji Sabah seramai 101 orang, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 5.10 pagi, Rabu.

Ketibaan mereka disambut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Ruslan Muharam dan Pengarah Tabung Haji (TH) Negeri Sabah, Yusdi Nasip.

Advertisement
Rombongan terdiri daripada jemaah haji dari Sandakan dan Lahad Datu, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdul Aziz, Madinah kira-kira jam 9 pagi (waktu Arab Saudi) Isnin lepas dengan pesawat Malaysia Airlines.

Ruslan yang ditemui mengucapkan syabas kepada TH atas perkhidmatan cemerlang menguruskan jemaah haji dari bermula perjalanan mereka ke tanah suci hingga kembali ke tanah air.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Beliau berkata, komitmen TH itu terbukti, dengan pengiktirafan Kerajaan Arab Saudi melalui Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan, buat kali ketiga berturut-turut.

“Malah, kecekapan dipamerkan TH dalam mengendalikan operasi haji ini telah menjadi contoh kepada negara lain, seterusnya menjadi antara pengelola haji terbaik di dunia.

Advertisement
“Komitmen TH ini akan menjadi pemangkin kepada operasi haji seterusnya, pada masa sama memupuk keyakinan kepada semua bakal haji yang akan menunaikan ibadah itu selepas ini,” katanya.

Sabah mencatatkan jumlah keseluruhan jemaah haji seramai 940 orang telah berangkat ke tanah suci untuk musim haji tahun ini.

Advertisement
Terdahulu, 100 penerbangan sewa khas disediakan Amal by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines, bagi membawa semua jemaah haji pulang ke tanah air bermula 24 Jun dan penerbangan terakhir dijadualkan pada 20 Julai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here