Fri, 23 May 2025
Headlines:
Danial raih satu lagi gangsa untuk negara
Published on: Thursday, July 18, 2024
Published on: Thu, Jul 18, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Danial raih satu lagi gangsa untuk negara
DANIAL (kedua dari kiri) bersama rakan sepasukan selepas menerima pingat dalam acara 4 x 400m lari berganti-ganti pada Selasa.
Kota Kinabalu: Atlet Sabah, Danial Allex Bobax Alex memenangi satu lagi pingat gangsa untuk negara pada hari terakhir Kejohanan Olahraga Remaja Pekak Dunia di Stadium Taipei di Taipei pada Selasa lalu.

Ia merupakan gangsa keduanya dalam acara lari berganti-ganti bersama rakan sepasukan Muhd Zumar Azman, Muhd Amir Haziq Jaman dan Muhd Zamir Azman selepas kuartet itu dinaikkan ke tempat ketiga selepas pasukan Amerika Syarikat dibatalkan penyertaan dalam acara 4 x 400m lari berganti-ganti lelaki.

Advertisement
Mereka pada mulanya menduduki tempat keempat dengan masa 3 minit 40.46 saat di belakang Jepun, Amerika Syarikat dan Poland.

Atlet bimbingan Mario Pajarillo itu sehari sebelum itu memenangi pingat gangsa bersejarah negara pada kejohanan tersebut dalam acara 4 x 100m lari berganti-ganti lelaki bersama rakan sepasukan yang sama.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Sabah, Spencer Soo Kok Heng memuji Danial kerana memenangi pingat keduanya.

“Ia adalah persembahan cemerlang daripada beliau untuk keluar dari Kudat untuk meraih pencapaian ini. Beliau telah menunjukkan contoh yang sangat baik dalam penampilan sulungnya untuk negara.

Advertisement
“Saya berharap kejayaan beliau akan menggalakkan lebih ramai ibu bapa membenarkan anak pekak mereka menyertai sukan,” katanya.

Kontinjen Malaysia menamatkan saingan di tempat kelapan dalam carta pungutan pingat lelaki dengan dua pingat gangsa dimenangi oleh Danial dan rakan-rakan.

Advertisement
Sementara itu, rakan sepasukan Danial dari Sabah, Ali Uwais Redzuan dan Aidil A-Afiffat Juakim yang turut dibimbing Mario akan memulakan usaha memburu pingat dalam Kejohanan Olahraga Pekak Dunia bermula hari ini di Stadium Taipei.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here