SEMPORNA: Satu blok kuarters pekerja di sebuah ladang kelapa sawit di sini musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Semporna - Tawau, awal pagi Khamis.
Jabatan bomba berkata kebakaran di jalan loji air baharu Kalumpang, dekat sini, memusnahkan keseluruhan blok rumah pekerja ladang, empat pintu berkeluasan 64 X 120 kaki persegi tersebut.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.