KINABATANGAN: Mayat seorang lelaki yang dibaham buaya ketika memukat di Kampung Sobak Perpaduan, di sini, ditemui pagi Jumaat.
Mangsa yang dikenali sebagai Kami Antong ditemui pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham reptilia tersebut.
Advertisement
.gif)
Dalam kejadian pada petang Selasa (16 Julai), mangsa telah pergi memukat ikan bersama anak lelakinya di sungai Kampung Sobak Perpaduan.
Bagaimanapun, anak lelaki mangsa yang berusia 10 tahun selamat dalam kejadian tersebut.