Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
Amang seksual ke atas pelajar lelaki: Saksi tidak hadir, pengetua tahfiz dilepas tanpa bebas
Published on: Friday, July 19, 2024
Published on: Fri, Jul 19, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Amang seksual ke atas pelajar lelaki: Saksi tidak hadir, pengetua tahfiz dilepas tanpa bebas
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan terbabit ke atas kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dan 10 bulan itu dengan meletakkan dan menggosok kakinya di belakang kanak-kanak itu serta mencabulnya untuk tujuan seksual.
Kota Kinabalu: Seorang pengetua sekolah Tahfiz berusia 33 tahun dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajarnya.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim memberikan DNAA kepada lelaki itu selepas dimaklumkan bahawa tiga saksi pihak pendakwaan tidak hadir di mahkamah semasa perbicaraan dan juga tidak dapat dikesan.

Advertisement
Pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa pegawai Penyiasat (IO) kes telah menghubungi saksi tetapi tiada jawapan.

Pihak pendakwaan seterusnya berkata IO turut pergi ke alamat yang diberikan saksi tetapi berdasarkan pemerhatian IO, tiada sesiapa yang tinggal di rumah itu.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Mahkamah kemudian memberikan DNAA kepada lelaki itu, memandangkan saksi utama pihak pendakwaan tidak dapat dihubungi dan dikesan walaupun usaha bersungguh-sungguh dilakukan oleh pihak pendakwaan.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan terbabit ke atas kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dan 10 bulan itu dengan meletakkan dan menggosok kakinya di belakang kanak-kanak itu serta mencabulnya untuk tujuan seksual.

Advertisement
Insiden itu didakwa dilakukan pukul 3 petang pada 11 Sept 2022 di pondok sebuah sekolah Tahfiz di Putatan.

Kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Terdapat hukuman tambahan untuk pengetua itu, di bawah Seksyen 16(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sebatan sekurang-kurangnya dua kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azizi Hamil manakala peguam Azhier Farhan Arisin mewakili pengetua itu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here